Malaysia legislation

Section 9

of ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021

Seksyen 9

Kesalahan

(1)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen 3 atau 4 atau gagal mematuhi mana-mana permintaan atau arahan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 3

atau 4, atau gagal mematuhi mana-mana permintaan atau arahan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Ordinan ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—

P.U. (A) 12 7

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan

(b)

jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan

(ii)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

Kerajaan, mana-mana pegawai awam atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 6(1) berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, dalam melaksanakan peruntukan

Ordinan ini.

Kuasa eksekutif dan perundangan

(a)

Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang wujud sebaik sebelum

Proklamasi Darurat dikeluarkan pada 11 Januari 2021 yang telah diberikan kuasa eksekutif hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan

P.U. (A) 12 8

dan mana-mana orang yang telah diberikan fungsi eksekutif oleh undang-undang hendaklah terus menjalankan fungsi itu;

(b)

Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau

Kabinet Negeri bagi Negeri masing-masing yang wujud sebaik sebelum

Proklamasi Darurat dikeluarkan pada 11 Januari 2021 yang telah diberikan kuasa eksekutif hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Negeri dan mana-mana orang yang telah diberikan fungsi eksekutif oleh undang-undang hendaklah terus menjalankan fungsi itu; dan

(c)

kuasa perundangan untuk membuat undang-undang subsidiari di bawah undang-undang Persekutuan dan undang-undang Negeri hendaklah terus dijalankan oleh orang yang diberi kuasa oleh undang-undang itu.

Pilihan raya Parlimen

(a)

kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara, dalam tempoh enam puluh hari atau menurut Jadual Ketujuh Perlembagaan

Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa ada kekosongan;

dan

(b)

kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa ada kekosongan luar jangka, di bawah Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan.

Ketujuh Perlembagaan Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh

Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021 dibatalkan atau diungkaikan.

P.U. (A) 12 9

Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan hendaklah mempunyai kesan seolah-olah perkataan “selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar” telah dipotong.

Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan hendaklah mempunyai kesan seolah-olah perkataan “dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu” telah dipotong.

Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum hendaklah diadakan dan mesyuarat

Parlimen hendaklah dipanggil pada tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh

Yang di-Pertuan Agong.

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri

(a)

peruntukan yang berhubungan dengan pilihan raya bagi pemilihan ke

Dewan

Undangan

Negeri dalam