Malaysia legislation

Section 2

of ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (NO. 2) 2020

Seksyen 2

Pilihan raya Parlimen

(1)

Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, kehendak untuk mengisi kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa ada kekosongan luar jangka di bawah Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan bagi maksud Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.054 Gerik, Perak.

P.U. (A) 357 3

(2)

Tarikh yang telah ditetapkan bagi maksud menjalankan pilihan raya kecil bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.054 Gerik, Perak adalah dibatalkan dan apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud penjalanan pilihan raya itu tidak diteruskan.

(3)

Bagi maksud mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan luar jangka bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.054 Gerik, Perak, Suruhanjaya Pilihan

Raya hendaklah menetapkan pilihan raya kecil itu dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Proklamasi Darurat (No. 2) dibatalkan atau diungkaikan, tertakluk kepada proviso kepada Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan tentang kekosongan luar jangka.

DIMASYHURKAN di

Istana

Negara

BETA di

Kuala

Lumpur,

Ibu Kota Persekutuan pada dua belas hari bulan Disember, dua ribu dua puluh.

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI

ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

Yang di-Pertuan Agong

[Akan dibentangkan di

Parlimen menurut

Fasal

(3)

Perkara 150

Perlembagaan Persekutuan]

P.U. (A) 357 4

EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) (NO. 2) ORDINANCE 2020

Section 2 — ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) (NO. 2) 2020