Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pilihan raya Dewan Undangan
(1)
Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, kehendak untuk mengisi kekosongan di kalangan ahli Dewan Undangan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan adanya kekosongan di bawah Fasal (5) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah tidak mempunyai kesan bagi maksud Bahagian Pilihan Raya Negeri N.66 Bugaya, Sabah.
P.U. (A) 359 3
(2)
Tarikh yang telah ditetapkan bagi maksud menjalankan pilihan raya kecil bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri N.66 Bugaya, Sabah adalah dibatalkan dan apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud penjalanan pilihan raya itu tidak diteruskan.
(3)
Bagi maksud mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri N.66 Bugaya, Sabah, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menetapkan pilihan raya kecil itu dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Proklamasi Darurat (No. 3) dibatalkan atau diungkaikan, tertakluk kepada proviso kepada Fasal (5) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah tentang kekosongan luar jangka.
DIMASYHURKAN di Istana Negara BETA di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan pada dua belas hari bulan Disember, dua ribu dua puluh.
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI
ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
Yang di-Pertuan Agong
[Akan dibentangkan di
Parlimen menurut
Fasal
(3)
Perkara 150
Perlembagaan Persekutuan]
P.U. (A) 359 4
EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) (NO. 3) ORDINANCE 2020
An
Ordinance promulgated by the
Yang di-Pertuan
Agong pursuant to Clause (2B) of Article 150 of the Federal Constitution.
[12 December 2020]