Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, peruntukan Fasal (3) Perkara 21
Perlembagaan Negeri Sarawak bahawa Dewan Undangan Negeri terbubar selepas lima tahun daripada mesyuarat pertamanya, tidak mempunyai kesan.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, bagi tempoh darurat berkuat kuasa,
Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak hendaklah mempunyai kesan seolah-olah perkataan “dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan
Dewan Undangan Negeri yang baharu hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu” telah dipotong.
(3)
Dewan
Undangan
Negeri hendaklah terbubar pada tarikh
Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan.
(4)
Bagi maksud mengadakan pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri,
Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan.
Persidangan Dewan Undangan Negeri