Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Kuasa eksekutif
(1)
Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Sarawak yang wujud sebaik sebelum Proklamasi Darurat (Sarawak)
dikeluarkan pada 29 Julai 2021 yang telah diberikan kuasa eksekutif hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Negeri Sarawak dan mana-mana orang lain yang telah diberikan fungsi eksekutif oleh undang-undang hendaklah terus menjalankan fungsi itu.
(2)
Bagi tempoh darurat berkuat kuasa,
Ketua Menteri dan ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak adalah berhak kepada saraan dan apa-apa elaun dan faedah lain yang kena dibayar kepada mereka di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Kuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih