Malaysia legislation
Section 2
of ORDINAN DARURAT (KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA) (PINDAAN) 2021
Seksyen 2
Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 [Akta 339] dipinda dalam seksyen 6—
(a)
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “dan” selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu;
(b)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c)
pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
[Akta 342].”.
DIMASYHURKAN di Istana Negara BETA di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan, pada empat belas hari bulan April, dua ribu dua puluh satu.
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
Yang di-Pertuan Agong
[Akan dibentangkan di
Parlimen menurut
Fasal
(3)
Perkara 150
Perlembagaan Persekutuan]
4
EMERGENCY (NATIONAL TRUST FUND) (AMENDMENT) ORDINANCE 2021