(B)
507/2009
yang disiarkan dalam
Warta
Kerajaan
Persekutuan pada 12
November 2009, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965]
sebagaimana yang diubahsuaikan oleh
Perintah
Wilayah
Persekutuan
(Pengubahsuaian Kanun Tanah Negara) 1974 [P.U. (A) 56/1974], yang diberikan kepada
Kerajaan Persekutuan dan diwakilkan kepadanya melalui Pemberitahuan yang disiarkan dalam P.U. (B) 108/2003, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur telah merizabkan tanah yang diperihalkan dalam Jadual bagi maksud awam, iaitu suatu tapak untuk rekreasi dan telah menetapkan bahawa Ketua Setiausaha
Kementerian Wilayah Persekutuan hendaklah mempunyai kawalan terhadap tanah rizab itu:
DAN BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 108/2003 yang disiarkan dalam Warta
Kerajaan Persekutuan pada 3 Mac 2003, Kerajaan Persekutuan telah mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara kepada Jawatankuasa
Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:
DAN BAHAWASANYA, didapati suai manfaat sekarang oleh Jawatankuasa Kerja
Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu dibatalkan:
DAN BAHAWASANYA, notis mengenai cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu yang diperihalkan dalam Jadual bersama dengan butir-butir mengenai masa dan tempat di mana suatu siasatan akan diadakan oleh
Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pejabat Pengarah Tanah dan
Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, untuk mendengar mana-mana orang yang berhasrat untuk membantah terhadap pembatalan itu telah ditampalkan mengikut seksyen 433 Kanun Tanah Negara dan juga telah disiarkan dalam Warta Kerajaan
Persekutuan sebagai P.U. (B) 553/2017 pada 24 November 2017:
3
DAN BAHAWASANYA, tiada apa-apa bantahan diterima terhadap cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu yang diperihalkan dalam Jadual:
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, pada menjalankan kuasa di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan diwakilkan kepadanya sebagaimana yang disebut terdahulu, membatalkan perizaban tanah yang diperihalkan dalam Jadual: