Malaysia legislation

Section 2

of PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN FAEDAH BAGI PEKERJA ASING) 2018

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan pekerja asing daripada faedah yang berikut:

(a)

kemudahan untuk pemulihan jasmani yang berhubungan dengan rawatan dialisis dan kemudahan untuk pemulihan vokasional di bawah seksyen 57 Akta; dan

(b)

faedah pendidikan di bawah seksyen 57A Akta.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), “pekerja asing” tidak termasuk—

(a)

orang bukan warganegara yang bermastautin secara tetap di Malaysia dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(b) Peraturan-Peraturan

Pendaftaran Negara 1990 [P.U. (A) 472/1990];

P.U. (B) 738 3

(b)

orang yang—

(i)

memasuki Malaysia secara sah melalui suatu pas atau permit imigresen yang sah;

(ii)

dibenarkan menetap di Malaysia bagi tempoh dua belas bulan dan ke atas; dan

(iii)

dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c) Peraturan-Peraturan

Pendaftaran Negara 1990; dan

(c)

orang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan, dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c)

Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Bertarikh 21 Disember 2018

[KSM/PUU(S)600-1/2/11/6Jld.2; PN(PU2)58/XXII]

M. KULASEGARAN

Menteri Sumber Manusia

P.U. (B) 738 4

EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY ACT 1969

EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY

(EXEMPTION OF BENEFIT FOR FOREIGN WORKER) NOTIFICATION 2018

Section 2 — PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN FAEDAH BAGI PEKERJA ASING) 2018