Malaysia legislation

Section 2

of PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN KEPADA PEKERJA BADAN BERKANUN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN) 2013

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan semua pekerja badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan—

(a)

yang telah memilih atau yang disifatkan telah memilih Skim Baru;

(b)

yang telah dilantik di bawah Skim Baru; atau

(c)

yang, oleh sebab pilihan mereka, adalah terikat oleh Skim Baru, daripada kuat kuasa Akta.

(2)

Walau apa pun subperenggan (1), pengecualian itu tidak terpakai bagi pekerja badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang diambil kerja sebagai pekerja sementara atau kontrak—

(a)

pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Pemberitahuan ini; atau

P.U. (B) 239 3

(b)

sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Pemberitahuan ini dan pekerjaan mereka berterusan selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Pemberitahuan ini.

(3)

Dalam perenggan ini, “Skim Baru” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan

Tempatan 1980 [Akta 239].

Syarat-syarat pengecualian

Section 2 — PEMBERITAHUAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PENGECUALIAN KEPADA PEKERJA BADAN BERKANUN DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN) 2013