Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengecualian yang diberikan di bawah perenggan 2 tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
Pertubuhan hendaklah terus memberikan faedah keselamatan sosial di bawah Akta kepada pekerja yang dikecualikan di bawah subperenggan 2(1) atau orang tanggungan mereka yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Pemberitahun ini, telah menerima faedah itu;
(b)
Pertubuhan hendaklah terus memberikan perlindungan kepada pekerja yang dikecualikan di bawah subperenggan 2(1) yang telah memenuhi syarat kelayakan bagi faedah ilat di bawah Akta sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Pemberitahun ini; dan
(c)
caruman yang telah dibayar oleh badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau pekerja yang dikecualikan di bawah subperenggan 2(1)
tidak boleh dipulangkan balik.
Pekerja sementara atau kontrak yang diambil kerja sebagai pekerja tetap