Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN–PERATURAN AGENSI PELAPORAN KREDIT (PENDAFTARAN) 2014
Seksyen 2
(1)
Suatu permohonan untuk pendaftaran hendaklah dikemukakan dalam dua salinan bersama dengan dokumen yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(2)
Pemohon hendaklah membayar fi bagi permohonan untuk pendaftaran sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.
(3)
Pendaftar boleh mengetepikan apa-apa dokumen yang dinyatakan dalam butiran A Jadual Pertama kecuali bagi subbutiran (a) hingga (d).
P.U. (A) 142 5
(4)
Pendaftar hendaklah memproses permohonan bagi pendaftaran secepat yang dapat dilaksanakan setelah menerima semua maklumat dan dokumen yang berkaitan, termasuk apa-apa maklumat lanjut atau dokumen lain yang dikehendaki oleh
Pendaftar.
Perkara yang perlu diputuskan oleh Pendaftar