Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN–PERATURAN AGENSI PELAPORAN KREDIT (PENDAFTARAN) 2014
Seksyen 3
(1)
Pendaftar hendaklah, berhubung dengan suatu permohonan pendaftaran, memutuskan perkara yang berikut:
(a)
sama ada pemohon layak untuk memohon untuk didaftarkan di bawah subseksyen 13(1) Akta;
(b)
sama ada pemohon mempunyai keupayaan untuk mematuhi syarat dan sekatan yang akan dikenakan dan memenuhi obligasi di bawah Akta;
(c)
sama ada terdapat keperluan bagi mengenakan syarat atau sekatan tambahan kepada syarat dan sekatan seragam yang diperuntukkan dalam Jadual Ketiga; dan
(d)
apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Pendaftar sebagai perlu dan suai manfaat demi kepentingan industri pelaporan kredit.
(2)
Pendaftar hendaklah menyampaikan atau menyebabkan untuk disampaikan keputusan untuk mendaftarkan pemohon atau menolak permohonan untuk pendaftaran kepada pemohon secepat yang dapat dilaksanakan.
Pengeluaran perakuan pendaftaran