Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN AHLI GEOLOGI (PENDAFTARAN AHLI GEOLOGI) 2015
Seksyen 2
(1)
Permohonan untuk pendaftaran—
(a)
sebagai ahli geologi siswazah berdaftar di bawah subseksyen 20(1)
Akta hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama berserta dengan fi pemprosesan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
(b)
sebagai ahli geologi profesional berdaftar di bawah perenggan 20(3)(a) dan (b) Akta hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama berserta dengan fi pemprosesan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
(c)
sebagai ahli geologi profesional berdaftar di bawah perenggan 20(3)(c) Akta hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam
P.U. (A) 257 5
borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama berserta dengan fi pemprosesan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
(d)
sebagai pengamal berdaftar di bawah subseksyen 21(3) Akta hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama berserta dengan fi pemprosesan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; dan
(e)
sebagai ahli geologi asing berdaftar di bawah subseksyen 22(1) Akta hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama berserta dengan fi pemprosesan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2)
Jika Lembaga atau Pengerusi, mengikut mana-mana yang berkenaan, meluluskan permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) pemohon hendaklah, dalam masa dua bulan dari tarikh pemberitahuan kelulusan itu secara bertulis, membayar fi pendaftaran yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(3)
Jika pemohon gagal membayar fi pendaftaran dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (2), permohonan itu hendaklah dianggap telah ditarik balik tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat permohonan baharu.
Perakuan pendaftaran