Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020

Seksyen 12

(a)

Perbadanan Harta Intelek Malaysia;

(b)

Bahagian Regulatori Farmasi Negara; dan

(c)

mana-mana institusi penyelidikan awam, institusi pengajian tinggi awam atau institusi awam lain yang membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan.

(2)

Mana-mana orang yang berurusan dengan tempat pemeriksaan hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat berkaitan yang berhubungan dengan penggunaan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi kepada tempat pemeriksaan yang termasuklah—

(a)

negara di mana sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu telah diakses;

(b)

pemberi sumber bagi sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu;

P.U. (A) 361 19

(c)

jika keizinan untuk mengakses dikehendaki oleh undang-undang negara di mana sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu diakses, keterangan tentang keizinan negara itu dalam apa-apa bentuk seperti permit, perakuan atau yang seumpamanya; dan

(d)

jika perjanjian perkongsian faedah dikehendaki oleh undang-undang negara di mana sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu diakses, keterangan tentang penetapan perjanjian itu telah dibuat.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

Pemberitahuan permohonan bagi paten

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020