Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020
Seksyen 2
(1)
Jawatankuasa Penasihat yang ditubuhkan di bawah subseksyen 11(1) Akta hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tujuh dan tidak lebih daripada lima belas anggota.
(2)
Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan hendaklah melantik Pengerusi bagi
Jawatankuasa Penasihat dalam kalangan anggota Jawatankuasa Penasihat.
(3)
Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Jawatankuasa Penasihat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(4)
Mana-mana anggota Jawatankuasa Penasihat boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis satu bulan kepada Pihak
Berkuasa Kompeten Kebangsaan.
P.U. (A) 361 4
(5)
Semua mesyuarat Jawatankuasa Penasihat hendaklah dipengerusikan oleh
Pengerusi atau, semasa ketiadaan Pengerusi, mana-mana anggota Jawatankuasa
Penasihat.
(6)
Jawatankuasa Penasihat boleh mengundang mana-mana orang dengan kepakaran berkaitan untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud menasihati Jawatankuasa itu tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(7)
Jawatankuasa Penasihat boleh mengawal selia tatacaranya sendiri yang berhubungan dengan mesyuarat Jawatankuasa Penasihat.
(8)
Jawatankuasa Penasihat hendaklah bertanggungjawab kepada Pihak
Berkuasa Kompeten Kebangsaan.
Badan penasihat