Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020

Seksyen 3

(1)

Badan penasihat yang ditubuhkan di bawah subseksyen 9(2) Akta hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Kompeten.

(2)

Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah melantik anggota badan penasihat dalam kalangan wakil masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan yang dinamakan oleh masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan.

(3)

Badan penasihat boleh memilih pengerusi dalam kalangan anggotanya.

(4)

Badan penasihat boleh mengawal selia tatacaranya sendiri yang berhubungan dengan mesyuarat badan penasihat.

(5)

Badan penasihat boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat badan penasihat bagi maksud menasihati badan penasihat itu tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan.

P.U. (A) 361 5

(6)

Anggota badan penasihat hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam instrumen pelantikannya dan hendaklah layak untuk dilantik semula.

(7)

Pihak Berkuasa Kompeten boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota badan penasihat sebagaimana yang difikirkannya patut.

(8)

Mana-mana anggota badan penasihat boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis satu bulan kepada Pihak Berkuasa Kompeten.

Permohonan bagi permit

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020