Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020
Seksyen 4
(1)
Tiap-tiap permohonan bagi permit bagi maksud komersial atau komersial berpotensi di bawah seksyen 12 Akta dan permit bagi maksud bukan komersial di bawah seksyen 15 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 1 Jadual Pertama dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2)
Jika permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) mematuhi peraturan ini dan lengkap, Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh permohonan itu diterima, menyampaikan kepada pemohon itu pengakuterimaan penerimaan permohonan itu.
(3)
Jika permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) tidak mematuhi peraturan ini atau tidak lengkap, Pihak Berkuasa Kompeten boleh—
(a)
memberitahu pemohon itu tentang penolakannya untuk memproses permohonan itu; atau
(b)
mengembalikan permohonan itu kepada pemohon dan mengarahkan pemohon itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang perlu untuk mematuhi peraturan ini, untuk melengkapkan permohonan itu atau untuk membuat pindaan yang perlu kepada permohonan itu.
P.U. (A) 361 6
(4)
Bagi maksud perenggan (3)(b), pemohon hendaklah, selepas mematuhi peraturan ini, melengkapkan atau meminda permohonan itu, mengemukakan semula permohonan itu kepada Pihak Berkuasa Kompeten dalam masa empat belas hari dari tarikh permohonan itu dikembalikan kepada pemohon atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten.
(5)
Permohonan itu hendaklah dianggap sebagai ditarik balik jika pemohon itu gagal untuk mematuhi subperaturan (4).
(6)
Walau apa pun subperaturan (4), pemohon itu boleh membuat permohonan baharu.
(7)
Bayaran fi di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat kepada Pihak
Berkuasa Kompeten yang berkaitan di kawasan di mana akses kepada sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu dicadangkan untuk dijalankan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Kompeten itu dan tidak boleh dikembalikan kepada pemohon.
Pemberitahuan kelulusan atau penolakan