Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020

Seksyen 6

(1)

Apabila suatu permohonan di bawah seksyen 12 atau 15 Akta diluluskan, permit yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten di bawah seksyen 13 dan 16

Akta, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dalam Borang 2 Jadual Pertama.

(2)

Permit yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten—

(a)

hendaklah tertakluk kepada syarat yang melarang pemegang permit daripada meletakkan sumber biologi yang diakses di mana-mana repositori antarabangsa, termasuk mana-mana bank data tanpa persetujuan bertulis Pihak Berkuasa Kompeten terlebih dahulu; dan

(b)

boleh tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

(i)

pemegang permit hendaklah membayar suatu peratusan daripada apa-apa faedah kewangan yang diperoleh di bawah perjanjian perkongsian faedah yang hendaklah didepositkan ke dalam kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 22(4) Akta;

(ii)

pemegang permit hendaklah mengiktiraf pemberi sumber atau asalan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi yang diakses itu dalam mana-mana penerbitan;

(iii)

akses kepada sumber biologi hendaklah terhad kepada kuantiti atau saiz sebagaimana yang ditentukan oleh

Pihak Berkuasa Kompeten;

(iv)

pemegang permit hendaklah menyerahkan sampel sumber biologi yang diakses itu kepada Pihak Berkuasa Kompeten atau

P.U. (A) 361 8

mana-mana repositori sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak

Berkuasa Kompeten;

(v)

pemegang permit tidak boleh mengalih keluar dari Malaysia keseluruhan atau sebahagian sumber biologi yang diakses itu tanpa persetujuan bertulis Pihak Berkuasa Kompeten terlebih dahulu;

(vi)

pemegang permit hendaklah mengaku janji untuk mengambil segala langkah yang perlu—

(A)

bagi pemuliharaan dan penggunaan secara mampan sumber biologi yang diakses itu dan ekosistemnya;

(B)

untuk mengawal, mengurangkan atau meremedikan apa-apa kesan buruk terhadap alam sekitar akibat daripada akses kepada sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu; atau

(C)

untuk melindungi pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu;

(vii)

jika pemegang permit adalah dari luar Malaysia, pemegang permit itu hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Kompeten butir-butir tentang pengantara yang diberi kuasa di Malaysia;

(viii)

pemegang permit hendaklah mengemukakan kepada

Pihak Berkuasa Kompeten—

(A)

laporan status berkala tentang penyelidikan dan pembangunan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi yang diakses itu; atau

P.U. (A) 361 9

(B)

senarai kawasan di mana sampel sumber biologi itu akan diakses, termasuk rujukan bagi latitud dan longitud;

(ix)

pemegang permit hendaklah memberi Pihak Berkuasa Kompeten butir-butir tentang tempat atau institusi sama ada di dalam atau di luar Malaysia di mana penyelidikan berhubung dengan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu akan dijalankan;

(x)

pemegang permit hendaklah membenarkan Pihak Berkuasa

Kompeten untuk mengakses apa-apa laporan, data, kajian atau hasil apa-apa penyelidikan berhubung dengan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu;

(xi)

pemegang permit hendaklah menjalankan apa-apa kajian tentang kesan terhadap budaya termasuklah kesan buruk terhadap cara hidup dan punca pencarian masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan akibat daripada akses kepada sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu;

atau

(xii)

apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak

Berkuasa Kompeten.

(3)

Bagi maksud peraturan ini, “repositori” ertinya suatu tempat di mana sumber biologi termasuk data berhubung dengan sumber biologi itu disimpan atau diletakkan.

Maklumat rahsia

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020