Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020
Seksyen 7
(1)
Mana-mana orang yang membuat permohonan bagi permit di bawah seksyen 12 atau 15 Akta boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Kompeten bagi layanan
P.U. (A) 361 10
kerahsiaan mana-mana maklumat yang diberi kepada Pihak Berkuasa Kompeten yang berhubungan dengan permohonan itu.
(2)
Pihak Berkuasa Kompeten boleh membenarkan kerahsiaan berdasarkan kriteria dalam subperaturan (3) dan jika kerahsiaan dibenarkan, maklumat itu tidak boleh diumumkan.
(3)
Dalam menentukan sama ada kerahsiaan boleh dibenarkan, Pihak Berkuasa
Kompeten hendaklah mengambil kira kriteria yang berikut:
(a)
maklumat itu tidak diketahui pada umumnya dalam kalangan, atau boleh diakses dengan mudah oleh, mana-mana orang dalam lingkungan itu yang biasanya berurusan dengan jenis maklumat yang hendak dijadikan rahsia;
(b)
maklumat itu mempunyai nilai perdagangan disebabkan ia adalah rahsia; dan
(c)
langkah-langkah yang munasabah telah diambil untuk merahsiakan maklumat itu.
(4)
Kecuali bagi maksud Peraturan-Peraturan ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten—
(a)
tiada anggota Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan, Pihak Berkuasa
Kompeten, Jawatankuasa Penasihat atau badan penasihat, atau jawatankuasa atau mana-mana pekerja atau ejen Pihak Berkuasa
Kompeten
Kebangsaan atau
Pihak
Berkuasa
Kompeten, atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Pihak
Berkuasa
Kompeten
Kebangsaan,
Pihak
Berkuasa
Kompeten,
Jawatankuasa Penasihat atau badan penasihat, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatannya atau pelantikannya, boleh menzahirkan
P.U. (A) 361 11
apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subperaturan (1);
dan
(b)
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan atau Pihak Berkuasa
Kompeten boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
Laporan pelupusan sumber biologi