Skip to content

Seksyen 8

Laporan pelupusan sumber biologi

of Peraturan-Peraturan Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2020

P.U. (A)In forceProvision 8 of 16
Seksyen 8

(1)

Laporan pelupusan sumber biologi yang disebut dalam subseksyen 27(2)

Akta hendaklah diberikan oleh pemegang permit kepada Pihak Berkuasa Kompeten dalam masa dua hari selepas pelupusan sumber biologi itu.

(2)

Mana-mana pemegang permit yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.