Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2020
Seksyen 9
(1)
Perjanjian perkongsian faedah yang dibuat antara pemohon bagi suatu permit dengan pemberi sumber di bawah seksyen 22 Akta hendaklah secara bertulis dan jika terpakai, hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
butir-butir tentang pihak-pihak kepada perjanjian itu—
(i)
jika pihak itu merupakan seorang individu, nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport;
(ii)
jika pihak itu merupakan firma atau pertubuhan perbadanan, nama berdaftar, alamat berdaftar atau alamat perniagaan utama firma atau pertubuhan perbadanan itu dan jika terpakai, nombor
P.U. (A) 361 12
pendaftaran firma atau pertubuhan perbadanan itu dan alamat di dalam Malaysia;
(iii)
jika pihak itu merupakan Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa
Negeri, jabatan kerajaan, agensi atau institusi pengajian tinggi awam, nama dan alamat pejabat; atau
(iv)
jika pihak itu merupakan masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan, nama organisasi, badan atau wakil mereka;
(b)
butir-butir tentang masa dan kekerapan kemasukan ke tempat akses;
(c)
perihal sumber biologi yang hendak diakses termasuk nama spesies, atau tahap kategori takson yang paling rendah, yang dalamnya sumber biologi itu tergolong, jika diketahui;
(d)
kuantiti sumber biologi yang boleh dikeluarkan dari tempat akses;
(e)
tujuan akses itu sama ada bagi maksud komersial atau komersial berpotensi;
(f)
kegunaan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu;
(g)
pemilikan data dan hasil apa-apa penyelidikan berhubung dengan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu;
(h)
butir-butir tentang faedah kewangan dan faedah bukan kewangan;
(i)
penangguhan perkongsian faedah kewangan dan faedah bukan kewangan sehingga apa-apa produk dibangunkan dan dikomersialkan
P.U. (A) 361 13
daripada penggunaan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu dan tempoh perkongsian faedah;
(j)
langkah-langkah bagi pemuliharaan biodiversiti;
(k)
syarat-syarat berhubung dengan hak harta intelek;
(l)
butir-butir tentang asalan pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi seperti dokumen saintifik atau dokumen awam yang lain;
(m)
butir-butir tentang pemberi sumber pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu; dan
(n)
kewajipan pihak-pihak untuk membuat perjanjian baharu atau merunding semula perjanjian sedia ada jika terdapat apa-apa perubahan kegunaan berhubung dengan sumber biologi itu.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(h)—
(a)
faedah kewangan boleh termasuk yang berikut:
(i)
fi sama rata;
(ii)
bayaran pendahuluan;
(iii)
fi bagi setiap sampel yang dikumpul atau yang dikehendaki selainnya;
(iv)
apa-apa bayaran kewangan mengikut nilai atau nilai jualan potensi atas produk akhir, termasuk bayaran royalti minimum;
(v)
fi lesen;
P.U. (A) 361 14
(vi)
bayaran mengikut pencapaian;
(vii)
pembiayaan penyelidikan;
(viii)
bayaran gaji; atau
(ix)
pembiayaan modal perniagaan;
(b)
faedah bukan kewangan boleh termasuk yang berikut:
(i)
akses kepada apa-apa data dan koleksi penyelidikan tentang apa-apa sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi;
(ii)
perkongsian hasil apa-apa penyelidikan tentang apa-apa sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi;
(iii)
pemindahan apa-apa teknologi dan pengetahuan kepada pemberi sumber di bawah terma yang adil dan terbaik, termasuk berkenaan konsesi dan terma keutamaan;
(iv)
penyertaan mana-mana institusi tempatan atau individu dalam aktiviti akses dan dalam program penyelidikan dan pembangunan;
(v)
kerjasama dalam apa-apa program penyelidikan dan pembangunan;
(vi)
kerjasama dan sumbangan dalam program latihan dan program membina keupayaan;
(vii)
pengiktirafan asalan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu;
P.U. (A) 361 15
(viii)
sumbangan kelengkapan;
(ix)
peluang pekerjaan;
(x)
akses kepada produk dan teknologi yang dibangunkan daripada penggunaan sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi yang diakses itu;
(xi)
inventori spesies;
(xii)
pengiktirafan dan promosi bagi pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi;
(xiii)
pengarang bersama dalam penerbitan;
(xiv)
pengiktirafan atau pemilikan bersama hak harta intelek;
(xv)
penyelidikan berfokus ke arah keperluan utama seperti keselamatan kesihatan dan keselamatan makanan;
(xvi)
faedah keselamatan makanan dan faedah keselamatan punca pencarian.
(3)
Perjanjian perkongsian faedah hendaklah berkuat kuasa selepas pengeluaran permit untuk mengakses sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi di bawah seksyen 13 atau 16 Akta.
Keizinan termaklum awal