Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2013
Seksyen 11
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 46 dengan peraturan yang berikut:
“Pemberitahu keilatan 46.
(1)
Orang berinsurans yang berhasrat untuk menuntut pencen ilat atau bantuan ilat hendaklah memberikan notis keilatan kepada Pertubuhan dengan apa-apa cara yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(2)
Orang berinsurans hendaklah, selepas
7
memberikan notis keilatan di bawah subperaturan (1), mengisi dan memberikan Borang 34 kepada Pertubuhan.
(3)
Borang 34 yang disebut dalam subperaturan (2)
hendaklah disertai dengan laporan perubatan daripada mana-mana Pengamal Perubatan Berdaftar yang menunjukkan dengan tepat tempat, jenis, takat dan diagnosis keadaan uzur yang menyebabkan keilatan itu.
(4)
Laporan perubatan yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah dalam suatu bentuk yang diluluskan oleh Pertubuhan.
(5)
Seseorang yang telah mencapai umur enam puluh tahun boleh memberikan notis keilatan jika dia boleh membuktikan bahawa—
(a)
dia menghidap keadaan uzur tertentu yang berkekalan;
(b)
dia tidak berupaya untuk mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang mendatangkan keuntungan yang bermakna yang keadaan keuzuran tersebut telah terjadi sebelum dia mencapai umur enam puluh tahun; dan
(c)
dia tidak lagi bekerja secara berkeuntungan sejak itu.
(6)
Bagi maksud peraturan ini, “Pengamal Perubatan
Berdaftar” ertinya seorang pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].”.
8
Pindaan peraturan 48