Malaysia legislation
Section 16
of PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2013
Seksyen 16
Peraturan 56B Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “pejabat yang berkaitan, melalui pos atau cara-cara lain dalam Borang 24” dengan perkataan “Pertubuhan dalam Borang 34”;
(b)
dalam perenggan (2)(a)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “orang berpencen ilat” dengan perkataan “orang berinsurans yang sedang menerima pencen ilat”;
dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “55” dengan perkataan “enam puluh”;
(c)
dalam perenggan (3)(d), dengan menggantikan perkataan “pejabat yang berkaitan” dengan perkataan “Pertubuhan”;
(d)
dalam subperaturan (4), dengan menggantikan perkataan “pejabat yang berkaitan” dengan perkataan “Pertubuhan”; dan
(e)
dalam subperaturan (5), dengan menggantikan perkataan “pejabat yang berkenaan” dengan perkataan “Pertubuhan”.
Pindaan peraturan 56D