Malaysia legislation

Section 71A

of PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2013

Seksyen 71A

(1)

Jika notis penyakit khidmat dihantar kepada majikan di bawah peraturan 68A, majikan hendaklah, sebaik selepas menerima notis itu, mengisi notis penyakit khidmat oleh majikan dalam Borang 34 dan memberikan notis penyakit khidmat oleh majikan itu kepada Pertubuhan dan satu salinan notis itu kepada Doktor Insurans.

(2)

Jika tiada notis penyakit khidmat oleh majikan dalam Borang 34 diberikan oleh majikan, Pertubuhan boleh, menurut budi bicaranya, menerima apa-apa keterangan lain yang berhubungan dengan bencana kerja yang disebabkan oleh sesuatu penyakit khidmat.

15

(3)

Notis penyakit khidmat oleh majikan di bawah subperaturan (1) hendaklah diberikan oleh majikan kepada

Pertubuhan dalam masa empat puluh lapan jam selepas penerimaan notis penyakit khidmat di bawah peraturan 68A.

(4)

Satu salinan notis penyakit khidmat oleh majikan dalam Borang 34 hendaklah secara biasanya dihantar oleh majikan kepada Doktor Insurans melalui orang berinsurans pada masa pemeriksaan atau rawatan perubatan pertama orang berinsurans itu.

(5)

Jika, atas apa-apa sebab, menjadi tidak praktik bagi majikan untuk menghantar sesalinan notis penyakit khidmat oleh majikan itu melalui orang berinsurans sebagaimana yang dikehendaki di bawah subperaturan (4), majikan hendaklah, sebagai langkah interim, memberikan suatu surat pengenalan dalam apa-apa borang sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(6)

Doktor Insurans hendaklah menerima secara sementara surat pengenalan yang disebut dalam subperaturan (5), sebagai ganti salinan notis penyakit khidmat oleh majikan.

(7)

Majikan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, selepas memberikan surat pengenalan yang disebut dalam subperaturan (5) kepada Doktor Insurans, menghantar secara terus salinan notis penyakit khidmat oleh majikan itu kepada Doktor Insurans.

(8)

Jika majikan tidak diberikan notis penyakit khidmat di bawah peraturan 68A tetapi mengetahui bahawa orang berinsurans sedang menghidap suatu penyakit khidmat

16

yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta, majikan itu hendaklah mengisi notis penyakit khidmat oleh majikan dalam

Borang 34 seolah-olah majikan itu telah diberitahu sewajarnya di bawah peraturan 68A.”.

Pindaan peraturan 73 25.

Peraturan 73 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “pejabat yang berkenaan” dengan perkataan “Pertubuhan”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “pejabat tersebut” dengan perkataan

“Pertubuhan”.

Pindaan peraturan 74 26.

Peraturan 74 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “pejabat yang berkenaan” dengan perkataan “Pertubuhan”; dan

(b)

dalam perenggan (i), dengan menggantikan perkataan “pejabat itu”

dengan perkataan “Pertubuhan ”.

Penggantian peraturan 75 27.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 75 dengan peraturan yang berikut:

“Rujukan kepada

Jemaah Doktor 75.

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), rujukan kepada Jemaah Doktor bagi menentukan soal hilang upaya orang berinsurans boleh dibuat oleh—

(a)

orang yang hilang upaya itu, majikannya atau kesatuan sekerja yang diiktiraf;

17

(b)

Pertubuhan; atau

(c)

pegawai yang berkenaan.

(2)

Rujukan bagi menentukan soal hilang upaya di bawah subperaturan (1) boleh dibuat—

(a)

oleh orang yang hilang upaya itu, majikannya atau kesatuan sekerja yang diiktiraf, jika permintaan bagi rujukan itu dibuat oleh orang yang hilang upaya itu, majikannya atau kesatuan sekerja yang diiktiraf, kepada Jemaah Doktor;

(b)

oleh Pertubuhan, jika tempoh hilang upaya yang dinyatakan dalam perakuan perubatan orang berinsurans itu melebihi seratus lapan puluh hari secara keseluruhannya; dan

(c)

oleh pegawai yang berkenaan—

(i)

pada bila-bila masa, tetapi tidak lebih daripada sekali dalam masa enam bulan berturut-turut; dan

(ii)

jika pada pendapat Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa olehnya, hal keadaan sesuatu kes tertentu itu adalah wajar.”.

18

Penggantian peraturan 76 28.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 76 dengan peraturan yang berikut:

“Laporan

Jemaah

Doktor 76.

(1)

Jemaah Doktor hendaklah, selepas memeriksa orang yang hilang upaya itu, memberi keputusannya kepada

Pertubuhan dalam borang dan dengan apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(2)

Pertubuhan hendaklah memaklumkan orang yang hilang upaya itu keputusan Jemaah Doktor dan faedah, jika ada, yang orang yang hilang upaya itu berhak, secara bertulis atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.”.

Penggantian peraturan 83 29.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 83 dengan peraturan yang berikut:

“Tuntutan untuk faedah hilang upaya kekal 83.

(1)

Orang berinsurans berhak untuk menuntut faedah bantuan hilang upaya kekal jika dia diperakui hilang upaya secara kekal oleh—

(a)

Jemaah Doktor;

(b)

Jemaah Doktor Khas; atau

(c)

Jemaah Doktor Rayuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Pertubuhan boleh memproses tuntutan di bawah

19

subperaturan (1) berdasarkan maklumat yang didapati dalam

Borang 34 yang telah diisi dan diberikan oleh orang berinsurans menurut peraturan 66.

(3)

Jika orang berinsurans tidak berupaya untuk membuat tuntutan di bawah subperaturan (1) disebabkan oleh kematian, koma atau gila, Pertubuhan boleh memutuskan bahawa tuntutan itu telah pun dibuat dengan sempurnanya.”.

Pindaan peraturan 88 30.

Peraturan 88 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “pejabat yang berkenaan” dengan perkataan “Pertubuhan” di mana-mana jua terdapat; dan

(b)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “dengan pos atau dengan chara lain dalam Borang 24” dengan perkataan “dalam

Borang 34”.

Pindaan peraturan 90 31.

Peraturan 90 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“pejabat yang berkenaan hendaklah, mengikut cara yang ditentukan oleh Pertubuhan”

dengan perkataan “Pertubuhan hendaklah, mengikut cara yang ditentukannya”.

Pindaan peraturan 98 32.

Peraturan 98 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “pejabat yang berkaitan dengan pos atau dengan cara lain dalam Borang 26” dengan perkataan “Pertubuhan dalam Borang 34”; dan

(b)

dalam subperaturan (1A), dengan menggantikan perkataan “pejabat yang berkaitan” dengan perkataan “Pertubuhan”.

20

Pindaan peraturan 106C

Section 71A — PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2013