Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2013
Seksyen 8
Pindaan peraturan 41
(a)
dengan menomborkan semula perenggan sedia ada sebagai subperaturan (1);
(b)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “Jika” dengan perkataan “Tertakluk kepada subperaturan (2) dan (3), jika”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(2)
Pertubuhan hendaklah membayar balik caruman yang silap dibayar di bawah subperaturan (1), jika bayaran balik itu dituntut dalam tempoh tujuh tahun dari tarikh caruman itu silap dibayar.
(3)
Jika seseorang pekerja diambil kerja oleh lebih daripada seorang majikan dan jumlah caruman daripada majikan bagi pekerja itu telah melebihi gaji bulanan anggapan maksimum pekerja itu bagi mana-mana bulan tertentu, lebihan caruman itu hendaklah dibayar balik masing-masing kepada majikan dan pekerja secara pro-rata berdasarkan tiap-tiap bahagian caruman majikan dan pekerja itu.”.
Pindaan peraturan 44D