Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN (AM) KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2021
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 [P.U. (A) 99/1971]
dipinda dalam peraturan 110—
(a)
dengan menomborkan semula peraturan yang sedia ada sebagai subperaturan (1); dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) yang dinomborkan semula subperaturan yang berikut:
“(2)
Walau apa pun subperaturan (1), seseorang majikan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja domestik yang menghidap hilang upaya sementara bagi suatu tempoh terus-menerus selama empat hari atau lebih.
(3)
Bagi maksud peraturan ini, “pekerja domestik” ertinya seseorang yang diambil kerja semata-mata dalam kerja atau yang berkaitan dengan kerja bagi suatu rumah kediaman persendirian dan bukan bagi apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan
P.U. (A) 248 3
dalam rumah kediaman itu dan termasuklah seorang tukang masak, pekhidmat rumah (termasuk pekhidmat bilik tidur dan dapur), pelayan, butler, orang yang menjaga kanak-kanak atau bayi, valet, kundang, tukang kebun, lelaki pencuci kain atau perempuan pencuci kain, jaga, sais dan pemandu atau pencuci apa-apa kenderaan berlesen untuk kegunaan persendirian.”.
Dibuat 28 Mei 2021
[KSM/PUU(S)600/1/2/11/11(6); PN(PU2)58/XXIII]
DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN
Menteri Sumber Manusia
P.U. (A) 248 4
EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY ACT 1969
EMPLOYEES’ SOCIAL SECURITY (GENERAL) (AMENDMENT)
REGULATIONS 2021