Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013

Seksyen 3

Tafsiran

“Akta” ertinya Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77];

“anak” ertinya anak seseorang anggota—

(a)

yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuklah—

(i)

anak yang lahir selepas kematian anggota itu, anak tiri tanggungan atau anak tak sah taraf yang dikandung sebelum kematian anggota itu; dan 7

(ii)

anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum kematian anggota itu, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman; atau

(b)

tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak, atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri;

“anggota” ertinya seseorang pegawai atau seseorang askar-lasykar angkatan tetap;

“anggota kapal selam” ertinya anggota yang lulus kursus kelayakan kapal selam dan tidak digantung atau dilucut kelayakannya, berkhidmat dalam kapal selam atau melaksanakan kerja-kerja yang berhubungan dengan tugas kapal selam;

“anggota penerbangan”

termasuklah juruterbang, navigator, jurutera penerbangan, jurusensor senjata, pegawai taktikal udara, kuartermaster udara, pramugara dan pramugari yang melaksanakan tugas penerbangan dalam sesuatu unit

Angkatan Tentera Malaysia;

“cawangan pelaut” ertinya suatu cawangan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia;

“cuti sakit” ertinya—

(a)

suatu tempoh cuti yang tidak melebihi empat belas hari yang diberikan kepada seseorang anggota atas sokongan seseorang pegawai perubatan; atau

(b)

suatu tempoh cuti melebihi empat belas hari yang diberikan kepada seseorang anggota atas sokongan Lembaga Perubatan;

8

“hospital” ertinya mana-mana hospital Kerajaan, Hospital Angkatan Tentera dan termasuk mana-mana hospital universiti, klinik Kerajaan dan mana-mana institusi perubatan Kerajaan;

“keluarga” ertinya suami atau isteri dan anak seseorang anggota;

“Lembaga Pemilihan” ertinya suatu lembaga yang ditubuhkan oleh Majlis

Angkatan Tentera yang bertanggungjawab bagi pemilihan anggota angkatan tetap bagi sesuatu maksud tertentu mengikut Perintah Majlis Angkatan Tentera;

“Lembaga Perubatan” ertinya suatu lembaga yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pegawai perubatan dalam bidang yang berkaitan yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa yang layak;

“memasuki perkhidmatan” berhubung dengan—

(b)

askar-lasykar, ertinya seseorang yang layak didaftarkan di bawah seksyen 18 Akta;

“pangkat hakiki” ertinya pangkat yang diberi kepada seseorang pegawai atau askar-lasykar selain pangkat pemangku atau pangkat lokal;

“pangkat lokal” ertinya pangkat yang diberi kepada seseorang pegawai atau askar-lasykar bagi maksud menjalankan tugas dalam jawatan yang menghendaki pangkat yang lebih tinggi daripada pangkat hakikinya;

“pegawai perubatan” ertinya seseorang pengamal perubatan atau pergigian berdaftar dalam perkhidmatan awam atau dalam Perkhidmatan Angkatan Tentera

Malaysia;

9

“Pegawai Senarai Tugas Am” ertinya mana-mana pegawai selain Pegawai Senarai

Tugas Ikhtisas atau Pegawai Senarai Tugas Khas;

“Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas” ertinya mana-mana pegawai yang memegang kelulusan profesional dan ditauliahkan dalam Senarai Tugas Ikhtisas;

“Pegawai Senarai Tugas Khas” ertinya askar-lasykar yang berada dalam bidang kemahiran tertentu yang ditauliahkan dalam Senarai Tugas Khas;

“pelaut” ertinya seseorang yang didaftarkan dalam cawangan pelaut;

“penjaga”, berhubung dengan anak, ertinya mana-mana orang atau pertubuhan atau sekumpulan orang, selain ibu bapa kandung yang mempunyai hak penjagaan anak tersebut mengikut undang-undang;

"rekrut" ertinya seseorang yang didaftarkan mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan ini, yang masih belum tamat latihan asas selama tempoh enam bulan atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang layak;

“organisasi” termasuklah suatu badan atau perbadanan dan mana-mana subsidiari badan atau perbadanan itu.

Pangkat setaraf

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013