Malaysia legislation

Section 32

of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013

Seksyen 32

(1)

Seseorang anggota yang tidak hadir bertugas kerana sakit atas pemerakuan pegawai perubatan hendaklah dibayar gaji penuh, elaun dan apa-apa emolumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang layak.

(2)

Seseorang anggota yang dibenarkan bercuti sakit bagi suatu tempoh yang melebihi lapan belas bulan atas pemerakuan Lembaga Perubatan tidak layak menerima apa-apa gaji, elaun atau apa-apa emolumen lain, melainkan jika Lembaga Perubatan memperakukan bahawa anggota itu mempunyai harapan untuk sembuh dan berupaya untuk melaporkan diri apabila tamatnya tempoh cuti sakit itu.

Anggota yang bercuti sakit dan tiada harapan untuk sembuh

Section 32 — PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013