Malaysia legislation

Section 33

of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013

Seksyen 33

(1)

Tertakluk kepada peraturan 34, jika seseorang anggota yang sakit, cedera atau berpenyakit dibenarkan bercuti sakit bagi suatu tempoh yang melebihi lapan belas bulan, dan Lembaga Perubatan memperakukan bahawa anggota itu tidak mempunyai harapan untuk sembuh dan tidak berupaya untuk melaporkan diri apabila tamatnya tempoh cuti sakit itu, Ketua Perkhidmatannya hendaklah mengambil tindakan segera, dalam hal—

(a)

pegawai, untuk membersarakan atau menamatkan perkhidmatannya; atau

(b)

askar-lasykar, untuk memberhentikannya daripada perkhidmatan angkatan tetap, atas alasan kesihatan.

(2)

Seseorang anggota yang dibenarkan bercuti sakit bagi suatu tempoh yang melebihi lapan belas bulan dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan tidak mempunyai harapan untuk sembuh menurut subperaturan (1), tidak boleh dikekalkan dalam perkhidmatan melebihi tarikh tamat tempoh perkhidmatan yang ditetapkan baginya, dan Ketua Perkhidmatannya hendaklah mengambil tindakan segera, dalam hal—

21

(a)

pegawai, untuk membersarakan atau menamatkan perkhidmatannya; atau

(b)

askar-lasykar, untuk memberhentikannya daripada perkhidmatan angkatan tetap, masing-masing, mengikut tatacara yang dinyatakan di bawah peraturan 42, 43 dan 61.

(3)

Walau apa pun peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini, seseorang anggota yang terlibat dalam sesuatu kemalangan semasa bertugas dan mengalami kecederaan, kehilangan atau kecacatan mana-mana bahagian tubuh badannya atau derianya, hendaklah dikekalkan dalam perkhidmatan angkatan tetap, dan jika perlu, perkhidmatannya bolehlah dilanjutkan, dalam hal—

(a)

pegawai, oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Majlis Angkatan

Tentera; dan

(b)

askar-lasykar, oleh pihak berkuasa yang layak.

(4)

Apa-apa pelanjutan tempoh perkhidmatan yang dibuat di bawah subperaturan (3) hendaklah tidak melebihi, dalam hal—

(a)

pegawai, umur persaraan wajib sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 42; dan

(b)

askar-lasykar, tempoh perkhidmatan berterusan sepenuh masa sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang layak.

Anggota yang menjalani rawatan di hospital

Section 33 — PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013