Malaysia legislation

Section 34

of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013

Seksyen 34

22

(a)

dikekalkan dalam perkhidmatan selepas tarikh itu; dan

(b)

dibayar gaji, elaun serta faedah lain sehingga perakuan Lembaga

Perubatan yang dibuat di bawah subperaturan (2) diperoleh.

(2)

Suatu Lembaga Perubatan hendaklah ditubuhkan untuk mengkaji kes mana-mana anggota yang telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan tempoh rawatan di hospital itu telah melebihi tempoh enam bulan atau mana-mana tempoh yang lebih awal daripada itu, khusus bagi menentukan sama ada—

(a)

anggota itu boleh disahkan sihat dan dibenarkan untuk keluar dari hospital; atau

(b)

rawatan di hospital itu masih lagi diperlukan dan wajar diteruskan bagi maksud pemulihan kesihatan anggota itu; atau

(c)

apa-apa rawatan yang patut untuk pemulihan anggota itu yang boleh didapati di mana-mana hospital di dalam atau di luar

Malaysia.

(3)

Jika Lembaga Perubatan yang ditubuhkan di bawah subperaturan (2), setelah mengkaji semula tahap kemajuan rawatan yang diberikan kepada anggota itu, membuat suatu pemerakuan bahawa anggota itu tidak mempunyai harapan untuk sembuh daripada sakitnya dan tidak berupaya untuk melaporkan diri setelah tamat tempoh rawatannya selama lapan belas bulan, Ketua Perkhidmatan anggota hendaklah mengambil tindakan segera, dalam hal—

(a)

pegawai, untuk membersarakan atau menamatkan perkhidmatannya; atau

(b)

askar-lasykar, untuk memberhentikannya daripada perkhidmatan angkatan tetap,

23

atas alasan kesihatan mengikut tatacara yang dinyatakan masing-masing di bawah peraturan 42, 43 dan 61.

Rawatan pesakit di hospital

Section 34 — PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013