Skip to content

Seksyen 5

of Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Terma-Terma Perkhidmatan bagi Angkatan Tetap) 2013

P.U. (A)In forceProvision 5 of 40

Seksyen 5

(1)

Mana-mana orang yang merupakan warganegara Malaysia boleh memasuki perkhidmatan angkatan tetap:

Dengan syarat bahawa hanya orang Melayu hendaklah dibenarkan memasuki perkhidmatan Rejimen Askar Melayu Diraja.

(2)

Tiada sesiapa pun yang telah dibuang kerja dengan keji, dibuang kerja atau diberhentikan kerja atas alasan disiplin, boleh ditauliahkan, dilantik, didaftarkan atau didaftarkan semula.