Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TETAP (PENCEN, GANJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN) (PINDAAN) 2025

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan

Angkatan

Tetap

(Pencen,

Ganjaran dan

Faedah-Faedah Lain) 1982 [P.U. (A) 123/1982] dipinda dalam peraturan 19—

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Jika disebabkan kepentingan perkhidmatan seseorang anggota yang gajinya dibayar daripada Kumpulan Wang

Disatukan

Persekutuan tidak dapat mengambil cuti rehat tahunannya, anggota itu boleh dibenarkan mengumpul sehingga setengah daripada kelayakan cuti rehatnya bagi tahun itu yang dia layak diberikan award wang tunai tetapi tertakluk kepada maksimum sebanyak lima belas hari dalam setahun, dengan syarat bahawa jumlah bilangan cuti rehat terkumpul itu hendaklah tertakluk kepada maksimum satu ratus dua puluh hari.”; dan

P.U. (A) 258 3

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

“(1A) Walau apa pun subperaturan (1), pada tahun akhir perkhidmatannya, seseorang anggota itu dibenarkan untuk mengumpul cuti rehatnya yang dia layak bagi tahun itu dan apa-apa baki cuti rehatnya yang dia layak pada tahun sebelumnya bagi maksud pemberian award wang tunai, dengan syarat bahawa jumlah bilangan cuti rehat terkumpul bagi maksud pemberian award wang tunai itu tidak melebihi satu ratus dua puluh hari.

(1B)

Jika seseorang anggota bersara atau mati dalam perkhidmatan, dia atau orang tanggungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh diberikan award wang tunai bagi setiap hari cuti rehat terkumpulnya yang hendaklah dihitung berdasarkan formula yang berikut:

1/30 ₓ gaji akhir yang diterima ₓ jumlah bilangan cuti rehat terkumpul tertakluk kepada maksimum satu ratus dua puluh hari.

(1C)

Bagi maksud penghitungan award wang tunai bagi cuti rehat terkumpul, gaji akhir yang diterima termasuk apa-apa elaun, imbuhan atau unsur lain yang ditentukan oleh

Kerajaan mulai 1 Ogos 1993 sebagaimana yang boleh diambil kira bagi maksud pembayaran award wang tunai, tetapi tidak termasuk elaun berpencen.

(1D)

Bagi maksud subperaturan (1), (1A), (1B) dan (1C), jumlah bilangan cuti rehat terkumpul bagi anggota yang berada dalam perkhidmatan dan bersara atau mati dalam perkhidmatan

P.U. (A) 258 4

sebelum 1 Ogos 2003 hendaklah tertakluk kepada maksimum sembilan puluh hari.”.

Dibuat 29 Julai 2025

[MOD.600-1/2/10; PN(PU2)140/JLD.16]

DATUK LOKMAN HAKIM BIN ALI

Setiausaha Majlis Angkatan Tentera

P.U. (A) 258 5

ARMED FORCES ACT 1972

REGULAR FORCES (PENSIONS, GRATUITIES AND OTHER BENEFITS) (AMENDMENT)

REGULATIONS 2025

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TETAP (PENCEN, GANJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN) (PINDAAN) 2025