Malaysia legislation
Section 19A
of PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TETAP (PENCEN, GANJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN) (PINDAAN) (NO. 3) 2025
Seksyen 19A
(1)
Walau apa pun subperaturan 19(1B), seseorang anggota boleh memohon kepada Pegawai
Pencen bagi suatu award wang tunai bagi lapan puluh hari cuti rehat yang terkumpulnya untuk diberikan kepada anggota itu sebelum tarikh persaraannya tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
dia telah berkhidmat dalam perkhidmatan bagi suatu tempoh perkhidmatan diakui yang tidak kurang daripada lima belas tahun;
(b)
dia telah mencapai umur empat puluh lima tahun; dan
(c)
jumlah bilangan cuti rehat yang terkumpulnya menurut subperaturan 19(1) hendaklah tidak kurang daripada lapan puluh hari.
(2)
Permohonan bagi award wang tunai bagi cuti rehat yang terkumpul di bawah subperaturan (1) boleh dibuat sekali sahaja dan lapan puluh hari cuti rehat yang terkumpul itu hendaklah dipotong daripada jumlah bilangan cuti rehat yang telah dikumpulkan oleh anggota itu menurut subperaturan 19(1), pada masa permohonan itu dibuat.
P.U. (A) 260 4
(3)
Award wang tunai bagi cuti rehat yang terkumpul yang dipohon di bawah subperaturan (1)
hendaklah dihitung berdasarkan formula yang berikut:
(4)
Bagi maksud subperaturan (3), “gaji semasa yang diterima” ertinya gaji hakiki bulanan semasa yang diterima termasuk apa-apa elaun, imbuhan atau unsur lain yang ditentukan oleh Kerajaan mulai 1 Ogos 1993 yang boleh diambil kira bagi maksud pembayaran award wang tunai, tetapi tidak termasuk elaun berpencen.”.
1/30 ₓ gaji semasa yang diterima ₓ lapan puluh hari.
Dibuat 29 Julai 2025
[MOD.600-1/2/10; PN(PU2)140/JLD.16]
DATUK LOKMAN HAKIM BIN ALI
Setiausaha Majlis Angkatan Tentera
P.U. (A) 260 5
ARMED FORCES ACT 1972
REGULAR FORCES (PENSIONS, GRATUITIES AND OTHER BENEFITS) (AMENDMENT)
(NO. 3) REGULATIONS 2025