Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN ANTIBULI (TRIBUNAL BAGI ANTIBULI) 2026

Seksyen 11

(1)

Selepas pernyataan balas dimasukkan dalam Daftar, Setiausaha hendaklah mengeluarkan kepada pengadu dan responden suatu notis pendengaran dalam

Borang 3 Jadual yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran dan hendaklah menyampaikan notis pendengaran itu kepada pengadu dan responden tidak kurang daripada empat belas hari bekerja sebelum tarikh pendengaran.

(2)

Jika tiada pernyataan balas difailkan oleh responden mengikut peraturan 6,

Tribunal hendaklah, selepas habis tempoh masa yang dinyatakan dalam peraturan 6, mengeluarkan suatu notis pendengaran dalam Borang 3 Jadual yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran.

(3)

Pengadu dan responden yang telah diserahkan dengan notis pendengaran di bawah subperaturan (1) atau (2) hendaklah menghadiri pendengaran itu pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan bagi pendengaran itu.

Saman untuk hadir

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN ANTIBULI (TRIBUNAL BAGI ANTIBULI) 2026