Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN ANTIBULI (TRIBUNAL BAGI ANTIBULI) 2026
Seksyen 12
(1)
Mana-mana pihak kepada suatu pendengaran di hadapan Tribunal boleh, tidak lewat daripada tujuh hari bekerja sebelum tarikh pendengaran, memohon secara bertulis kepada Setiausaha bagi pengeluaran suatu saman yang menghendaki mana-mana orang untuk hadir di hadapan Tribunal sebagai saksi untuk memberikan apa-apa keterangan atau untuk mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain yang dalam milikan orang itu.
(2)
Saman yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1) hendaklah dalam
Borang 6 Jadual dan hendaklah disampaikan kepada orang yang dikehendaki untuk menghadiri pendengaran itu.
(3)
Setiausaha hendaklah menyebabkan supaya tiap-tiap saman untuk hadir yang dikeluarkan itu difailkan dan dimasukkan dalam Daftar.
P.U. (A) 223 11
Pengakuan aduan buli