Skip to content

Seksyen 14

Pendengaran

of Peraturan-Peraturan Antibuli (Tribunal bagi Antibuli) 2026

P.U. (A)In forceProvision 14 of 25
Seksyen 14

(1)

Semasa pendengaran di hadapan Tribunal, pengadu berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda untuk menyokong kesnya.

(2)

Selepas pengadu membentangkan kesnya, responden hendaklah membentangkan kesnya dan boleh mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda untuk menyokong kesnya.

(3)

Selepas pengadu dan responden menutup kes masing-masing, suatu penghujahan lisan atau bertulis yang ringkas boleh dibuat oleh responden dan selepas itu oleh pengadu.

(4)

Suatu award yang dibuat selepas pendengaran hendaklah dalam

Borang 4 Jadual.

(5)

Suatu penolakan aduan buli selepas pendengaran hendaklah dibuat dalam

Borang 5 Jadual.