Seksyen 15
Pendengaran yang melibatkan kanak-kanak
of Peraturan-Peraturan Antibuli (Tribunal bagi Antibuli) 2026
(1)
Dalam apa-apa pendengaran atau prosiding yang melibatkan kanak-kanak,
Tribunal hendaklah memastikan bahawa kepentingan terbaik kanak-kanak merupakan pertimbangan utama.
(2)
Tribunal boleh, dalam menjalankan apa-apa pendengaran atau prosiding yang melibatkan kanak-kanak, memberikan apa-apa arahan atau mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu demi kepentingan terbaik kanak-kanak dan selaras
P.U. (A) 223 12
dengan subseksyen 31(4) Akta, dengan syarat bahawa pelaksanaan arahan atau langkah itu tidak menafikan mana-mana pihak hak untuk didengar secara adil.
Penyampaian award