Skip to content

Seksyen 18

Ketidakhadiran pihak-pihak

of Peraturan-Peraturan Antibuli (Tribunal bagi Antibuli) 2026

P.U. (A)In forceProvision 18 of 25
Seksyen 18

(1)

Jika pengadu tidak hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan bagi pendengaran, Tribunal boleh, jika Tribunal berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya—

(a)

menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain;

(b)

meneruskan pendengaran itu sebagaimana yang difikirkan adil dan wajar oleh Tribunal; atau

(c)

menolak aduan buli selepas pendengaran tanpa kehadiran pengadu.

(2)

Jika responden tidak hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan bagi pendengaran, Tribunal boleh, jika Tribunal berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya—

(a)

menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain;

(b)

meneruskan pendengaran itu sebagaimana yang difikirkan adil dan wajar oleh Tribunal; atau

P.U. (A) 223 13

(c)

membuat suatu award bagi pengadu selepas pendengaran tanpa kehadiran responden.

(3)

Jika kedua-dua pihak tidak hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan bagi pendengaran, Tribunal boleh menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain, menolak aduan buli itu atau membuat suatu award yang difikirkan adil dan wajar oleh Tribunal.

(4)

Suatu award yang dibuat di bawah perenggan (2)(c) dan subperaturan (3)

hendaklah dalam Borang 4 Jadual dan ketidakhadiran itu hendaklah dinyatakan oleh

Tribunal dalam Borang itu.

(5)

Suatu penolakan aduan buli yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) dan subperaturan (3) hendaklah dalam Borang 5 Jadual dan ketidakhadiran itu hendaklah dinyatakan oleh Tribunal dalam Borang itu.

Award apabila tiada pernyataan balas difailkan