Seksyen 20
of Peraturan-Peraturan Antibuli (Tribunal bagi Antibuli) 2026
P.U. (A)In forceProvision 20 of 25
Seksyen 20
(1)
Tribunal hendaklah mewujudkan suatu Daftar bagi maksud merekodkan segala perkara yang berkaitan dengan suatu aduan buli yang diserah simpan dengan
Tribunal.
(2)
Setiausaha hendaklah menyebabkan supaya tiap-tiap dokumen yang diserah simpan atau difailkan dengan Pejabat Pendaftaran Tribunal atau melalui sistem pemfailan elektronik didaftarkan dalam Daftar.
(3)
Daftar yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disimpan dan disenggara oleh Setiausaha dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Setiausaha.
Nota keterangan