Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (TRIBUNAL BAGI ANTIGANGGUAN SEKSUAL) 2024
Seksyen 10
Cara penyampaian
(1)
Apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh disampaikan dan hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada orang itu dengan menyampaikan suatu salinan dokumen itu—
(a)
secara ke diri;
(b)
melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyampaiannya atau di alamat terakhir yang diketahui; atau
(c)
dengan menampal dokumen itu pada bahagian utama di alamat terakhir yang diketahui bagi orang yang hendak disampaikan itu.
(2)
Bagi maksud penyampaian di bawah perenggan (1)(b), Borang 1