Skip to content

Seksyen 4

of Peraturan-Peraturan Antigangguan Seksual (Tribunal bagi Antigangguan Seksual) 2024

P.U. (A)In forceProvision 4 of 10

Seksyen 4

(1)

Apabila Borang 1 Jadual Pertama diterima, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan Borang 1 itu—

(a)

ditandatangani dan diletakkan tarikh; dan

(b)

dimeterai dengan meterai Tribunal.

(2)

Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap aduan gangguan seksual yang dibuat dalam Borang 1 Jadual Pertama untuk dicatatkan dalam Daftar.

(3)

Setelah Borang 1 Jadual Pertama dicatatkan dalam Daftar, Setiausaha hendaklah menyimpan dua salinan Borang 1 yang telah ditandatangani dan dimeterai dan dua salinan lain Borang 1 yang telah ditandatangani dan dimeterai untuk dikembalikan kepada pengadu.