Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (TRIBUNAL BAGI ANTIGANGGUAN SEKSUAL) 2024
Seksyen 6
Pernyataan pembelaan
(1)
Responden yang kepadanya telah disampaikan dengan sewajarnya sesalinan Borang 1 Jadual Pertama yang telah ditandatangani dan dimeterai itu
P.U. (A) 80 6
hendaklah, dalam masa empat belas hari bekerja dari tarikh penerimaan, memfailkan dengan Tribunal pernyataan pembelaannya dalam Borang 2 Jadual Pertama bersama dengan fi yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), Borang 2 Jadual Pertama hendaklah difailkan dalam empat salinan dan hendaklah—
(a)
ditandatangani atau diturunkan cap jari oleh responden; atau
(b)
jika responden merupakan seorang yang belum dewasa atau orang kurang upaya, ditandatangani oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
Pernyataan pembelaan hendaklah dimeterai, dsb.