Skip to content

Seksyen 7

of Peraturan-Peraturan Antigangguan Seksual (Tribunal bagi Antigangguan Seksual) 2024

P.U. (A)In forceProvision 7 of 10

Seksyen 7

(1)

Apabila Borang 2 Jadual Pertama diterima, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan Borang 2 itu—

(a)

ditandatangani dan diletakkan tarikh; dan

(b)

dimeterai dengan meterai Tribunal.

(2)

Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap pernyataan pembelaan dalam Borang 2 Jadual Pertama dicatatkan dalam Daftar.

(3)

Setelah Borang 2 Jadual Pertama dicatatkan dalam Daftar, Setiausaha hendaklah menyimpan tiga salinan Borang 2 yang telah ditandatangani dan dimeterai dan satu salinan lain Borang 2 yang telah ditandatangani dan dimeterai untuk dikembalikan kepada responden.