Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (KEBENARAN UNTUK BERGERAK BEBAS DAN UNTUK BEKERJA) (WARGANEGARA ASING) 2016

Seksyen 3

Kebenaran bergerak bebas

(1)

Majlis boleh memberikan kebenaran untuk bergerak bebas kepada mana-mana orang asing yang kepadanya perintah perlindungan interim telah diberi atau mana-mana orang asing yang diperdagangkan yang kepadanya Perintah

Perlindungan telah diberi tertakluk kepada syarat yang berikut:

P.U. (A) 119 3

(a)

suatu laporan pakar penilaian risiko berkenaan kesihatan fizikal, keadaan psikososial dan keselamatan orang asing atau orang asing yang diperdagangkan itu dikemukakan bagi pertimbangan Majlis;

(b)

Majlis berpuas hati dengan laporan pakar penilaian risiko; dan

(c)

kebenaran untuk bergerak bebas bagi orang asing atau orang asing yang diperdagangkan itu hendaklah tertakluk kepada syarat sebagaimana yang Majlis sifatkan perlu bagi keselamatan dan kesejahteraan orang asing atau orang asing yang diperdagangkan itu.

(2)

Mana-mana orang asing atau orang asing yang diperdagangkan yang telah diberi kebenaran untuk bergerak bebas di bawah subperaturan (1) hendaklah memenuhi semua syarat kebenaran oleh Majlis.

(3)

Mana-mana orang asing atau orang asing yang diperdagangkan yang dinafikan kebenaran untuk bergerak bebas boleh memohon untuk pertimbangan semula oleh Majlis.

Pas Khas

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (KEBENARAN UNTUK BERGERAK BEBAS DAN UNTUK BEKERJA) (WARGANEGARA ASING) 2016