Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PELEPASAN ORANG YANG DIPERDAGANGKAN) (WARGANEGARA ASING) 2016

Seksyen 2

(1)

Apabila suatu Perintah Perlindungan dikeluarkan oleh Majistret kepada orang yang diperdagangkan, seorang Pegawai Pelindung yang mempunyai kawalan ke atas dan tanggungjawab bagi jagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan itu hendaklah mengemukakan suatu salinan Perintah Perlindungan kepada pegawai imigresen dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan

Perintah Perlindungan oleh Pegawai Pelindung.

(2)

Pegawai imigresen hendaklah berjumpa dengan orang yang diperdagangkan untuk mengesahkan kerakyatan orang yang diperdagangkan itu dan untuk memastikan sama ada orang yang diperdagangkan itu mempunyai dokumen perjalanan atau sebaliknya.

(3)

Jika orang yang diperdagangkan itu tidak mempunyai dokumen perjalanan dan mendakwa sebagai rakyat sesuatu negara, pegawai imigresen hendaklah memaklumkan Kedutaan atau Pejabat Suruhanjaya Tinggi yang berkenaan untuk mengesahkan dakwaan orang yang diperdagangkan itu.

P.U. (A) 118 3

(4)

Apabila Kedutaan atau Pejabat Suruhanjaya Tinggi telah mengesahkan kerakyatan orang yang diperdagangkan itu, Kedutaan atau Pejabat Suruhanjaya Tinggi itu hendaklah mengeluarkan suatu dokumen perjalanan kepada orang yang diperdagangkan itu.

Pelepasan orang yang diperdagangkan

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PELEPASAN ORANG YANG DIPERDAGANGKAN) (WARGANEGARA ASING) 2016