Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN-KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO) 2014

Seksyen 5

Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi atas orang yang ditentukan

(1)

Suatu institusi kewangan hendaklah—

(a)

membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh—

(i)

orang yang ditentukan; atau

(ii)

entiti yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditentukan; dan

(b)

memastikan bahawa tiada dana, aset kewangan atau sumber ekonomi disediakan oleh mana-mana orang kepada atau bagi faedah orang yang diperuntukkan di bawah perenggan (1)(a).

4

(2)

Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi sebagaimana yang disebut dalam subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui notis bertulis, sebagai perlu—

(a)

bagi bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;

(b)

bagi bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik bagi perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman;

(c)

bagi bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut undang-undang bertulis;

(d)

bagi bayaran pemegangan atau penyenggaraan lazim ke atas dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;

(e)

bagi bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan; atau

(f)

dalam perkara mana-mana proses kehakiman atau pentadbiran, atau timbang tara lien atau penghakiman, yang dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien atau penghakiman itu, dengan syarat lien atau penghakiman itu—

(i)

telah dibuat sebelum 18 April 2005; dan

(ii)

bukan bagi faedah orang yang ditentukan.

5

Larangan memberi bantuan kewangan, nasihat atau latihan

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN-KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO) 2014