Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Tiada institusi kewangan boleh memperuntukkan atau menyediakan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi, kepada atau untuk manfaat—
(a)
orang yang ditetapkan;
(b)
individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan; atau
(c)
entiti yang dikawal atau dimiliki oleh orang yang ditetapkan.
P.U. (A) 318 9
(2)
Pencegahan terhadap dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) tidak terpakai bagi peruntukan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui suatu notis bertulis, sebagai perlu—
(a)
bagi bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;
(b)
secara eksklusif bagi bayaran fi professional yang munasabah dan pembayaran balik bagi perbelanjaan yang ditanggung yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman mengikut mana-mana undang-undang bertulis;
(c)
bagi bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut mana-mana undang-undang bertulis bagi pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;
(d)
bagi bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan;
(e)
dalam perkara mana-mana lien kehakiman, pentadbiran atau timbang tara atau penghakiman, yang dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien atau penghakiman itu, dengan syarat lien atau penghakiman itu—
(i)
telah dibuat sebelum 26 Februari 2011; dan
(ii)
bukan bagi faedah orang yang ditetapkan.
P.U. (A) 318 10
(f)
bagi maksud—
(i)
keperluan kemanusiaan;
(ii)
bahan api, elektrik dan air semata-mata bagi kegunaan awam;
(iii)
menyambung semula pengeluaran dan penjualan hidrokarbon Libya;
(iv)
penubuhan, pengendalian atau pengukuhan institusi kerajaan awam dan infrastuktur awam untuk orang awam; atau
(v)
memudahkan penyambungan semula operasi sektor perbankan termasuk untuk menyokong atau memudahkan perdagangan antarabangsa dengan
Libya.
(3)
Sesuatu institusi kewangan boleh memperuntukkan atau menyediakan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi, kepada atau untuk manfaat orang yang ditetapkan yang dicegah di bawah subperaturan (1) bagi apa-apa bayaran yang kena dibayar di bawah suatu kontrak yang dibuat sebelum penetapan orang itu, dengan syarat bahawa Bank, melalui suatu notis bertulis, menentukan bahawa bayaran itu tidak, secara langsung atau tidak langsung, diterima oleh orang yang ditetapkan.
(4)
Pencegahan terhadap dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai ke atas orang yang ditetapkan jika Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan itu daripada Ketetapan.
P.U. (A) 318 11
Kewajipan untuk melaksanakan pengawasan