Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Sesuatu institusi kewangan hendaklah melaksanakan pengawasan semasa melakukan urus niaga dengan—
(a)
entiti yang diperbadankan atau tertakluk kepada bidang kuasa Libya;
(b)
individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, entiti yang dirujuk dalam perenggan (a); atau
(c)
entiti yang dimiliki atau dikawal oleh entiti yang dirujuk dalam perenggan (a), jika terdapat maklumat yang memberikan alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa urus niaga itu boleh menyumbang kepada keganasan atau penggunaan kekerasan terhadap orang awam.
Kewajipan untuk memberikan maklumat