Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi
(1)
Sesuatu institusi kewangan hendaklah—
(a)
membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh—
(i)
orang yang ditetapkan; atau
(ii)
individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan; dan
(b)
memastikan bahawa tiada dana, aset kewangan atau sumber ekonomi diadakan oleh mana-mana orang untuk atau bagi faedah orang yang disebut dalam perenggan (1)(a).
(2)
Pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui suatu notis bertulis, sebagai perlu—
(a)
bagi bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;
P.U. (A) 164 4
(b)
secara eksklusif bagi bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik perbelanjaan yang ditanggung yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman mengikut mana-mana undang-undang bertulis;
(c)
bagi bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut mana-mana undang-undang bertulis bagi pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;
(d)
bagi bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Majlis Keselamatan; atau
(e)
dalam perkara mana-mana lien kehakiman, pentadbiran atau timbang tara atau penghakiman, yang dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien atau penghakiman itu, dengan syarat lien atau penghakiman itu—
(i)
telah dibuat sebelum 23 Disember 2009; dan
(ii)
bukan bagi faedah orang yang ditetapkan.
(3)
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai bagi seseorang yang ditetapkan jika Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan itu daripada Ketetapan.
Langkah-langkah perlu bagi menghalang pembiayaan, dsb., kepada orang yang ditetapkan