Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi
(1)
Sesuatu institusi kewangan hendaklah membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah dikeluarkan dari
Iraq, atau diperolehi, oleh—
(a)
orang yang ditetapkan; atau
(b)
entiti yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh orang yang ditetapkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan.
(2)
Pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui suatu notis bertulis, sebagai tertakluk kepada mana-mana lien kehakiman, pentadbiran, atau timbang tara terdahulu, atau penghakiman terdahulu, dengan syarat lien atau penghakiman itu telah dibuat sebelum 22 Mei 2003.
(3)
Pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai bagi seseorang yang ditetapkan jika Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan itu daripada Ketetapan.
P.U. (A) 349 4
Kewajipan untuk memberi maklumat